SyafiqahShafawiza . I'm in love with My Girls . What will survive of us is love

Manusia part II

Hm. Manusia ? Manusia. Orang. Human. People. Apa lagi yang seangkatan dengannya. Mcm yg kita tahu. Manusia ni dikategorikan dalam beberapa kumpulan. Eh banyak kumpulan nya. Semua manusia perangai berbeza beza kan ? Okay maaf. Post ini bukan nak kutuk kau ke kau ke dan juga kau kau. Eh blog aku kan. Suka hatilah nak post pasal siapa pun kan ? Kau sakit hati jangan baca. Tak suruh baca pon. Nak kira sakit hati orang memang tak hidup lah aku. Sakit hati aku ada kau fikir ? Pernah ke fikir ? Ke fikir hati batu sendiri ? Whatever. Berbalik kepada kisah manusia ni.

Kes pertama
Hm ada yg berhati perut jantung limpa. Ada jugak yg tak berhati. Makanya manusia yg tak berhati ni akan merendah rendahkan orang sesuka hati beliau. Contoh situasi, A buat karangan. B tengok. B tiru karangan A. Lepas tu. A kutuk karangan B "eh karangan kau ni cerita macam bodoh je hahahaha lawaknya karangan kau. Bodoh betul karangan ni"
Hm. Mungkin bagi A karangan B tu lawak dia bodoh dan tersangatlah bodoh mungkin sbb B ni tak pandai nak buat karangan. Eh tapi kau dah tiru kot. Kenapa nak cakap karangan dia mcm tu. Haruslah si B terasa. Kau gelakkan dia mcm perghhh lawak antarabangsa tgh bermain di fikiran. Pernah ke kau fikir perasaan dia yg dah bersusah payah buat karangan, baik hati bagi kau tiru lepas tu kau gelakkan dan cakap karangan dia bodoh ? Hmm pernah fikir apa org tu rasa ? Situasi ni sendiri pernah aku alami tapi bukan dalam bentuk karangan lah. Bukan jugak dalam segala bentuk penulisan. Tapi dalam bentuk apa pekerjaan yg aku buat. Manusia mcm ni akan tetap mengutuk hasil kerja kau cakap ini tak cukup. Itu tak cukup. Siap ketawa cakap macam macam depan seramai kengkawan yg ada. Ada hati ke tak orang macam ni ? Nak menegur tak salah. Tapi mengur lah dengan cara sembunyi/senyap/direct face to face. Kalau menegur depan segala kengkawan beliau bopreng/gepreng beliau ke apa ke, itu bukan nama nya menegur. Tapi lebih kepada memerli mengutuk mengeji dan yg seangkatan dengannya. Harap maklum.

Kes kedua
Hm manusia ingin mengambil perhatian dan berharap orang akan memberi sepenuh perhatian kepada beliau. Contoh situasi, A nak makan. B tengah makan. A berharap sangat B share sikit dengan dia so A cakap " aku lapar ni tapi xpelah aku makan kat rumah je nnti. Makanan kau macam tak best jer "  A berharap dengan cakap xpelah aku makan kat rumah je tuu so B akan share lah sikit dengan dia. Eh malangnya si B kawan beliau tu berhati besi malah meluat dengan perkataan "makanan kau mcm tak best jer" so that B mengambil keputusan dengan membiarkan A kelaparan hahaha padan muka sapa suruh cakap macam tu. Kan A dah kelaparan lepas tu kat rumah pulak takde makanan. Double kesian dengan orang macam ni.