SyafiqahShafawiza . I'm in love with My Girls . What will survive of us is love

di masa kecil ku.....

Assalamualaikum....

okay mari sini aku nak cerita pasal zaman kanak-kanak ku dahulu kala. HAHAHA gaya macam dah besar sangat je en ? nak cerita pasal zaman kanak-kanak,padahal baru nak masuk umur 20. Haihhh 20 dahh umur ku 2013 nanti. Anak-anak sedara nanti kena panggil aku Mak Long ah ? ehhh kenot kenot ! panggil Aunty Eqa enough okay baby2 comel ? Tetiba di ambang New Year ni sebok pulak I nak update pasal zaman kanak-kanak kann uolls. Haihh itulah bila idea datang rasa mcm idea tu hampehh pulaks. Ahh pedulikan itu semua hasutan syaitonnirajimmm.

Mari kita mulakan sesi perkenalan zaman kanak-kanak I dulu okayy uolls. HAHA dulu masa kcil-kecil dalam umur setahun dua,aku sudah dihantar ke rumah Opah Cu,so Opah Cu lah yang penat lelah menjaga ku sampai umur berapa entah disebabkan Ayah ku yg sedang bekerja tidak tentu masa dan juga Ibuku yg sedang melanjutkan pelajaran ,ambik Ijazah. Soo,aku ditinggalkan bersama Opah Cu,serta anak-anaknya. Opah cu ni suka masak gulai ikan taucu,so dari kecil sampai lah sekarang aku dah jadi suka minat syiok kat gulai taucu ni. Aha. Bila weekend baru balik rumah ayah. Lepas tu bila mengijak dewasa ( eh bukan dewasa,still kanak-kanak ) masa umur 5-9 tahun macam tuuu,aku selalu dihantar ke rumah opah sbg peneman opah dikala weekend. Masa tu Pak Su atau panggilan manja dia Acu ( eceh sangat manja. Gewdixx ) masa tu belum kawin lagi and masih bersekolah. Haihh nakal diaa,kau jangan cakap.Gila kau,dia suka kejar aku dengan berbekalkan tahi hidung dia yang sepanjang 1INCI ! 1inci weyy,bukannya kecik2. Hey mmg melompat menjerit guling-guling semua ada lahhh. Pergi dapur peluk opah erat-erat then cakap "Opahhhhh,acu nak bagi taik idung diaaa ( sambil menangis teresak-esak ) " then terus acu kena marah ! hahaha masa tuu aku gelak tak hengat dunia kau tahuu !

Cerita kedua pulak still pasal acu. Heyy acu aku ni lebih kurang syaitonnirrajimm jugak dalam rumah tu. HAHA ampun acu , maksu ! Bila aku duduk depan diam-diam sambil ditemani TV serta siaran cartoon yg sedang naik popular masa tuu,tetiba datang nya acu terus tukar cerita lain. cerita ganas-ganas,pukul-pukul org,tembak-tembak. Hello ! I ni perempuan u knowww,i mana main tengok cerita tembak-tembak ni. Mengamuk lah aku,then pergi mengadu lagi kat opah. ouhh yes opah selalu jadi mangsa utk aku mengadu domba. Opah punnn terus pg depan,then marah acu. Ouhh aku mmg lah cucu kesayangan beliau. HAHA *ketawa bahagia* siapa berani kacau aku ? alamatnya kena marah dengan opahlah. eh selalunya pun acu sorang je yang kacau aku sbb uncle aunty yg lain semua sudah berkahwin. tinggal dia sorang je yang masih bujang tran tang tang. okayy enough.

Cerita ketiga aku nak cerita pasal aktiviti harian di rumah opah. HAHA sila jangan gelak ye kawan-kawan. Malu i nanti tauu uolls ! pagi hari sabtu ( well weekend je kan selalu tido rumah opah ) and ahad bangun mandi semua siap pg market dengan opah. then shopping-shopping sampai petang ( eh bukan lah shopping kat market taw uolls. shopping kat supermarket lah ) beli itu ini,ouhhh so masa inilah I nak bermanis mulut meminta macam-macam. HAHA and selalunya mesti akan dapat punya lahh ! dulu kecik-kecik tak pandai lagi nak demand-demand. Just mintak opah belikan kasut, baju, pencil colors ,pencil box and macam-macam. pastu petang baru balik rumah opah,then temankan opah menyiram pelbagai jenis pokok bunga beliau. Haaa masa ni lah tangan ku gatal sambil menyiram sambil memetik bunga di taman. ecehhh ! then bunga-bunga tersebut akan ku gunakan utk mandi nanti. HAHAHA ehh dah cakap tadi jangan gelak kan ! okayy seriuss. adakah sebab itu aku sekarang berseri-seri wajahnya ? HAHAHA tak mungkin lah. sbb masa tuu just mandi main-main. Sekadar meniru aksi-aksi di dalam tv yang sering bermandi bunga utk kelihatan cantik comel gitu ! haha aku pun dgn akal pendek serta fikiran tak matang teruslah meniru dengan hasrat nanti aku akan jadi mcm Erra Fazira gituuu ! aww ! lepas mandi,kutippp balik bungaa,sbb takut nanti opah bising,ouhh cucu kesayangan dia ni dah pandai mandi bunga. Weii masa tuu umur aku 5,6 tahun mcm tuu oii. Adakah anda semasa berumur begitu sudah pandai bermandi bunga ? haha tidak kan ?! please katakan tidak atau aku akan malu sendiri ! eh sudahlah selepas bermandi bunga aku terasa segarrrr gituw ! hahaha *konon lah*

Cerita keempat. Ouh jika opah ingin melancong kemana-mana ( bukan melancong pun,just jalan-jalan ) aku adalah insan pertama yg akan diajaknya. ehh sudah ku bilang,aku cucu kesayangan ! Jangan ditanya kenapa lagi. No matter lahh sampai sekarang adik-adik aku mengungkit aku ni opah selalu bawak jalan-jalan. EH ? jangan salahkan ibu mengandung kata orang. Selalunya opah akan bawak aku pergi kemana sajaa yang beliau teringin nak pergi,tapi dalam Malaysia jelahh. yelahh kami bukan orang berada nak melancong ke luar negara uolls ! Opah selalu sangat pergi Cameon Highland,sampai aku dah naik bosan , jemu , muak , loya dahh bila sebut Cameron Highland ! HAHA sampai begitu sekali uolls ! pastu kadang-kadang opah belikan lah i rantai tangan kee,gelang tangan kee,subang,sunting, and whatever ! Emas tauu uolss. tapi i ni jenis yg tak  reti menghargai. Habis semua rantai segala gelang hilang ! hilang tanpa dapat dikesan. Yelahh sedangkan rantai silver pun orang curi,inikan rantai emas i. mestilah lagi blink blink mata orang kan kanzz ! Itulah rugi kan ? kalau ku gadai,boleh buat hantaran kawin ! *eh gatal* Sampai sudah opah asyik beli and asyik hilang sudahnya opah pun malas lah nak belikan lagi untuk aku si dara yang berperwatakan seperti jejakas ! tinggal lah aku sehelai sepinggang dengan hanya mempunyai satu je rantai emas. Ini jelahh satu-satunya emas yang masih melekat erat di tubuh kecilku ini ( kecil ke ? ) tunggu lah nanti mintak bakal suami belikan i cincin buat tanda,and gelang segala emas akan kuminta ! HAHAHAHA ehh ter-over pulaks ! haha abaikan ke-sakai-an ku ini.

Cerita kelima,aku dulu hanya lah seorang insan biasa yang berpewatakan seperti jejaka. Haa tak percaya ? ehh tanyalah ayahku. Aku sangatlah membenci warna Pink. Sangat-sangat okay ! sampai Ayah sengaja perli aku dengan belikan aku baju warna pink,okayy sampai sudah aku tak pakai baju tuh ! HAHA tapi ni cerita zaman sekolah rendah menengah dulu lahhh. Sekarang i dah transform uolls ! i adalah gadis sejati dengan automatik menjadi peminat setia pink purple ! HAHAHA barang-barang aku kalau boleh taknak ada sikit pun warna pink ! HAHA Ayah tahu sangat perangai aku. Sampai satu tahap,aku sudah kembali kepada sikap kegadisan ku ini dan ingin membeli barang-barangan berwarna pink,Ayah berkata " eh ? pink ni along. tak nampak ke ? "and me menjawab, " nampaklah. pink. kenapa ? HAHAHA " then Ayah menjawab " tak gelii kewwww ? " HAHA okay. sampai begitu sekali tahap kelakian ku. hahaha  Jangan ingat tu jeww. I pakai baju semua baju laki uolls tauu. Berkolar siap. Kau hado ? Aku tak main ah pakai dress mcm budak-budak kecik skarang tuu kenz!  dress lah,ape baju semua pink. Wowww i geli taww uolls ! haha barang-barang ku semua barang lelaki tauu. siap minyak rambut Brylcream duluu yang tengah famous amous dulu. Ayah aku siap potong rambut pendek-pendek kat aku sbb aku nak buat pacak pacak ! HAHAHA okay terserlah kelakian ku. Eh why ramai tak percaya aku ni dulu bukanlah seperti gadis gadis lain yang suka minat obses gila dengan warna pink ? haha sudahlah dengan cerita zaman kecilku.

Penat mengarang. Masa also amat mencemburui aku yang sudah bertukar sepenuhnya menjadi gadis sejati lagi mcm kayu jati ni haaa ! Nasi memanggil-manggil. See u soon !

0 comments: