SyafiqahShafawiza . I'm in love with My Girls . What will survive of us is love

Dear Heart.

Lately tak tahu kenapa semua benda nak terasa. Dah mmg ditakdirkan diri ini memang sangat lah mudah terasa dengan perbuatan / percakapan seseorang. Boleh dikatakan every single word boleh membuatkan sy terasa. Entahlah. Mengeluh pun tak guna. Orang cakap jangan mengeluh banyak sangat, itu boleh dikategorikan mempertikaikan apa yg berlaku. Ya Allah. Tak tahu nak describe macam mana perasaan ni. Hati ouh hatiku, dengarlah rintihanku. Saya tak nak buat masalah, taknak timbulkan sebarang masalah. Hanya mampu berdoa supaya diri ini sentiasa kuat nak tempuh hari-hari yg bakal mendatang. Masalah memang tak dapat nak dielakkan. Sebesar mana pun masalah, tetap harus diselesaikan dengar pelbagai jalan.

Diri ini yang terlalu manja kah ? atau Diri ini tidak bersyukur ya ? atau orang lain yang tak faham sy ? ouh STOP blame others Syafiqah Shafawiza. Diri ni dah selalu send message ke otak supaya jangan blame orang lain kalau kita ada masalah. Tapi entahlah, hasutan syaitan mungkin ? tetap nak jugak salahkan orang lain. Tetap jugak nak marahkan orang lain. Tetap jugak nak bermasam muka, diam tanpa sepatah kata dengan orang lain sampai oang sekeliling pun mula terasa bersalah. Maaf lah. Seperti yg dikatakan, tak de niat nak menimbulkan sebarang masalah. 

Mungkin dah tiba masanya untuk berubah ke arah kebaikan. Tinggalkan segala sifat buruk, keji, pentingkan diri sendiri, panas baran, mulut tak serupa bikin semua. Haih ye lah. Umur dah 20. Tapi fikiran tak matang lagi macam orang lain. Still nak menangis-menangis kalau ada masalah. Ya, aku mengaku diri ini mmg tak matang dalam menyelesaikan masalah. Apa yg ku tahu hanyalah mengalirkan air mata tanpa memberitahu sesiapa pun walau pun sekecil-kecil masalah. Apa masalah, biarlah aku tanggung sendiri. Sebab diri ini juga punca dan penyebab semua masalah yg berlaku. 

Penat. Diri ini penat. Penat mengambil hati semua insan yg ku sayang. Penat buat baik tapi masih ada yg mengata di belakang. Tak cukup lagi kah ? Tahu, aku tak sebaik, selembut, semurni kau,kau & kau semua. Pernah terasa nak lari dari semua ni. Pergi ke tempat yg org yg kita kenal tak boleh cari. Anywhere. Tapi diri ini tak mampu. Diri ini yang mempunyai 1001 tangungjawab yg harus dilaksanakan. Diri ini masih terikat dengan pelbagai tanggungjawab. Aku masih mempunyai keluarga yg aku sayang.

Sudahlah. Terima jelah apa-apa pun. Berserah lah. Bersyukur lah dengan apa yg aku ada. Tersenyum lah dengan segala perkara. Semoga semua ini mampu memperbaiki hatiku, mengurangkan segala bintik-bintik hitam yg telah memenuhi segenap ruang di hatiku. Cuba untuk fikir positif setiap masa. Semua yang berlaku ada hikmah nya. Allah adalah perancang terbaik untuk setiap umat-umat-Nya. Alhamdulillah aku masih mampu bernafas di atas muka bumi milik-Mu Ya Allah. 


0 comments: