SyafiqahShafawiza . I'm in love with My Girls . What will survive of us is love

Air mata

Hati sedih sedih sedih. Apa nak jadi dgn diri sendiri. Teruk. Rasa macam dah penat dgn diri sendiri. Penat dgn segala hal. Diri yang sentiasa bergelumang dgn dosa, pahala langsung haram nak buat. Hari2 tak jemu melakukan dosa, tak malu dgn dosa yg dibuat, lupa diri, lupa pesan mak ayah, lupa diri ini yang diutuskan hanya untuk taat pada-Nya. Tapi itu semua ibarat bayang-bayang, bukan dalam diri sendiri. Hanya bayang-bayang yg sentiasa mengekori.

Hati ini yg selalu mengikut rentak dan jejak langkah syaitan. Hilang perasaan malu bila aib sendiri diketahui orang. Ya Allah, adakah aku masih berpeluang untuk menebus segala dosa yg telah aku.buat.

Aku seorang anak perempuan, sulung. Tapi langsung tiada ciri-ciri kepimpinan dalam keluarga utk bimbing adik-adik supaya tak sesat mcm aku. Aku anak yg langsung tak bertanggungjawab. Aku lah anak yg selayaknya mati sebelum dihembus nyawa. Aku anak yg degil, selalu ingkar perintah Tuhan, apalagi mak ayah. Aku adalah manusia yg tak layak.digelar anak. Aku seorang kakak yg langsung tidak berguna. Kakak yg tak mampu utk bagi kebahagiaan pd adik-adik. Kakak yang selalu pentingkan diri sendiri. Kakak yg obses pada permainan duniawi. Entah bila nak insaf. Usia makin lama makin meningkat, tapi perangai makin lama makin buruk.

Ayah, mak.
Maaf kalau disebabkan aku, mak ayah tersiksa di akhirat nanti. Disebabkan pakaian ku Ayah tersiksa. Disebabkan solatku, Ayah tersiksa. Aku tahu banyak dosaku pd kalian. Hasutan syaitan sentiasa dpt menandingi imanku. Ternyata imanku hanya serapuh ranting reput yg hanya tunggu masa utk menjadi habuk kayu. Doa ayah dan mak sentiasa mengiringi perjalanan hidupku, tetapi dikaburi dengan segala perbuatan jahatku. Kalau lah bunuh diri tu tak haram, aku dah bunuh diri sekarang. Useless. Aku hanya insan yg tiada guna. Yang hanya menambah bilangan ahli neraka. Akulah bakal mewarisi segala perangai buruk syaitan.

Ayah,
Satu-satunya permata hatiku, pengubat duka lara ku, hero ku, doktor ku, lawyer ku, segala-galanya bagiku. Maaf jika kerana aku Ayah disakiti. Maaf. Sungguh aku tak sanggup langsung walaupun melihat peluh Ayah menitik. Kalau aku punya harta, Ayah dgn mak tak akan kubenarkan langsung pg bekerja. Tapi itulah, K.A.L.A.U. Nak cerita pasal kalau, memang semudah menelan air liur. Utk melaksanakan tuuu membawa 1001 kepayahan, dugaan, hasutan, cabaran, rintangan, halangan. Huhh penat. Mengeluh dan terus mengeluh. Hanya dengan mengeluh masalah tak akan selesai.

Maaflah jika aku seorang yg menyusahkan semua. Maaflah jika aku yg berdosa. Maafkanlah aku jika aku yg menyakiti semua insan. Maaflah jika aku yg melakukan segala kesalahan. Maaf juga jika aku yg terlalu annoying.

0 comments: