SyafiqahShafawiza . I'm in love with My Girls . What will survive of us is love

F.R.I.E.N.D ?

Sahabat. Kawan. Rakan. Apa lagi ?
Semua ni membawa maksud yang lebih kurang sama. Tapi kalau diikutkan, maksud dia tak sama. Kawan, rakan, senang nak cari. Jalan-jalan kat pasar malam, jumpa orang, say Hi, okay dah jadi kawan. Lepak mamak, tegur nak tumpang plug nak charge lappy, okay dah jadi rakan maybe ? Sahabat. Hm ye sahabat. Mendalam maksudnya. Sahabat lah yg selalu orang cakap akan ada bila susah dan senang. Sahabat akan ada bila kita menangis ataupun ketawa. Sahabat akan ada tak kira masa. Bersahabat kerana Allah, In Sya Allah akan kekal. Kalau bersahabat semata-mata kerana harta atau kebendaan, tak kemana. Mungkin kesenangan nya akan dapat sekejap, tapi tak dapat nak menikmati kepentingan, kebaikan sahabat tu sendiri. Kawan tu senang sangat nak cari. Kau berduit ? Kau suka belanja org? Kau ada harta benda ? Kau popular ? Haaa kau tgk keliling pinggang kawan kau. Cayalah. Hebat oh org gini, kawan merata, setiap negeri ada. Cuba bila sekali dia jatuh. Dia kehilangan semua harta benda kekayaan duniawi dia ? Boleh tgk berapa kerat je manusia yang sanggup hulur bantuan pd dia. Mungkin juga bukan dari kalangan "kawan-kawan" dia dulu. Dunia. Dunia. Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Sahabat. ye sahabat lah yg sentiasa ada menemani kita tak kita susah ataupun senang, ketawa ataupun menangis. Bukan senang nak cari sahabat mcm ni. Bukan senang juga nak jadi sahabat yg mcm ni. Nak cari sahabat yang boleh terima diri kita seadanya pun payah. Bukan semua orang boleh terima diri kita kan ? Tak payah susah-susah fikir. Senang bila jadi diri sendiri. HAHA.


0 comments: