SyafiqahShafawiza . I'm in love with My Girls . What will survive of us is love

Khas buatmu...

Aku sedar aku bukan yang terbaik. Aku sedar aku tak layak untuk dijadikan contoh. Aku mungkin baran tak semena (ceh guna lirik lagu siap ). Aku mungkin senang untuk sepak menampar. Tapi itu bukan ukuran kasih sayang aku untuk adik-adik aku. Ya, ego. Ego tinggi bhai. Aku jarang nak cakap elok-elok dengan adik-adik. Jarang nak share everything dengan adik-adik. Mungkin bagi korang, aku bukan seorang kakak yang layak untuk dijadikan tempat untuk mengadu domba setelah mak dan ayah sibuk mencari rezeki buat kami. Aku benci, meluat bila tengok adik-adik aku menggedik-gedik konon dengan boyfriend masa masih sekolah. Ingat dah besar sangat ?! Tapi aku lupa, zaman sekolah aku dulu, aku pun sama. HAHA Cuma mungkin tak segedik korang. Aku dilatih untuk bersekolah dengan jantina yang sama. Sbb ? Aku geli dgn jantina yg berlainan. (Itu cerita masa zaman sekolah, awal-awal sekolah menengah !) So aku decide utk sekolah yg semuanya gegurl supaya aku tak payah nak segan silu bila makan laki pandang, bila jalan nk kena kepit-kepit, bila salin baju waktu PJK tak payah nak salin kat toilet bagai. Haa senang dalam kelas, tutup pintu, bukak segala. HAHA. Relax. Semua sama. Tapi still ada boyfriend masa sekolah. Haih tak tahu lah mana boleh kenal. Nak kata selalu keluar, memang tak lah. Aku sekolah harian, dan memang bukan jenis aku nak keluar merayap merata shopping mall masa tu. Nak keluar naik moto, memang tak lah. Nak mintak ayah hantarkan ? Harapan. Ayah ku always busy. Sobs. Dulu hingga kini. Mana datang buayapreng pun aku tak tahu dulu. Haih zaman sekolah, jangan dikenang ! Eh maaf. Lari topik. Terang-terang tittle "Khas buatmu" tapi aku buat karangan macam "Khas buatku" jer. Itu lah nak cerita, aku meluat korang dok gedik-gedik dengan boypreng kunun sayang sangat kat kau tu. Tapi itulah, nak nasihat, aku pun lebih kurang sama. Bila nasihat, korang bukan nak dengar.Yelah aku zaman korang dulu pun aku tak dengar nasihat. HAHA. Takpelah, aku pernah merasa semua tu. Maaflah, aku tak dapat nak nasihat lebih. Aku pun masih terkontang-kanting. Aku hanya boleh campak , sorok je hp korang. Tapi aku pelik sungguh, jenuh campak, idak gak rosak. Ouh mungkin hp cikai begitu memang susah nak rosak yer ? Ahh hatiku sakit dikala melihat hp mu kembali berfungsi setelah aku campak dari tingkap bilik di tingkat atas, tapi kau sanggup kutip dan sambungkan. Haa kau tidur luar ! Aku meluat konon-konon kau bukak buku nak study tapi bergayut dengan kawan sembang " wehh serius aku takut nak SPM ! bla bla bla " . Tapi kau pandai cover depan mak, bila mak naik atas, fuiyo telinga sumbat earphone supaya tak dengar mak membebel. Buku bukak ternganga. tangan pgg pensel. Mak pun dengan hati yg sejuk turun balik sambil berkata " Angah study tuu kat atas. Pakai earphone biasa lah. Setiap org ada skill study masing-masing. Mak dulu pun buat add math sambil nyanyi-nyanyi " . Ayat yang biasa aku dengar sepanjang aku hidup. Ahh biasa lah dia nak cakap dia teror add math sebenarnya. Tahu aku bengap nak mampus. Add math pun lingkup. Ya lah takpelah. Mungkin Angah bakal mewarisi kecerdikan mak. Sebab tu selalu backup Angah kan ? Takpalah. Tahu kau bijak pandai cerdik segala macam. Belajar lah elok-elok. Kot la angan-angan mat jenin kau nak pegi belajar kat Ireland tuu tercapai kan ? Boleh aku tumpang flight pergi sana, Mak support. Kot la aku boleh pergi. Silap-silap aku kena tinggal rumah jaga adik-adik and jadi driver tetap. Ye dah biasa. Aku tak pernah mengungkit pun aku kena tinggal jadi baby sitter serta driver tetap. Aku tak pernah bising pun korang pergi shopping kat Bandung, pegi Umrah bagai kan Angah ? Aku tahu aku tak layak pun nak ikut pegi jalan-jalan macam anak-anak mak yang lain. Aku memang dilahirkan untuk tolong Ayah, tolong Opah, busy menjadi driver serta jadi bibik kat rumah memandangkan bibik kita semua lari tak tahan perngai kita. Bila aku cakap, Mak akan balas macam-macam sampai aku terdiam terkaku. Yelah, tengok mak aku boleh membebel 7 hari 7 malam sebab satu hal. Inikan pulak kalau aku membebel. Aku baru nak intro, dia sambung sampai conclusion sampai hari ke 7 bhai. Sudahnya aku pendam. Segala semua masalah. Ye, Ayah dan Mak yang ajar aku pendam segala masalah sampai sekarang aku akan pendam segala macam masalah tak kira masalah keluarga, kolej and whatever. Sudah diajar dari sekolah rendah. Dulu pandai memberontak. Mak Ayah marah, call opah suruh ambik. Konon lari rumah. Sekarag atok pun sakit. Sapa nak ambik cheq kalau nak lari ? Nak lari rumah bawak kereta tak style bhai. Nanti Ayah tahulah aku pg rumah atok ! Eh melalut panjang berjela. Sebenarnya niat nak wish kat kau je Angah. Aku tau kau tak bukak blog aku sebab tu aku kutuk kau banyak-banyak. HAHAHA. Harini SPM2013 bermula. Aku tau kau pandai. Tapi nak try jugak lah nasihat konon nak jadi kakak mithali. Buat lah elok-elok. Tak payah study pun xpe. HAHA. Aku SPM dulu mana ada study. Sebab tu aku lingkup sampai sekarang. Yelah aku bukan anak harapan Mak mcm kau tu. Aku mintak maaf sebab selalu sepak terajang kau, tibai kau guna raket. Aku tahu sakit. Kalau tak sakit, Ayah xde nak lempang aku. Aku buat sebab aku sakit hati. Biarlah benda dah lepas walaupun baru lagi sebenarnya. Hehe. Aku mintak maaf lah walaupun aku tahu nanti aku akan buat lagi. Yelah, Syaiton banyak kat keliling aku suruh aku mengamuk tak tentu hala. Nanti lah aku cuba reduce bilangan syaiton-syaiton tersebut. Aku nak tengok jugak kau berjaya. Pergilah Ireland ke apa ke. Aku tahu tempat aku memang selalu akan dekat dengan mak ayah supaya aku boleh jadi driver tetap serta bibik khas di rumah. Mungkin Allah tetapkan macam tu supaya aku boleh jaga mak ayah nanti bila adik-adik semua belajar jauh-jauh kan. Yelah anak sulung kan ? Takpelah. Korang kerja lah elok-elok, nanti aku jaga lah mak ayah. Terima kasih lah sebab kau selalu jugak sedarkan aku.Text aku panjang berjela. Aku tak baca pun masa aku tengah marah. Cool sikit baru baca. Ye tersentuh. Memang aku tersentuh. Kau malu dengan kawan-kawan kau bila dorg cerita evrything pasal dorang dengan kakak dorg tapi kau takde cerita menarik dengan aku kan ? Aku saje ignore apa yg aku rasa. As usual, aku jaga ego. Ahh SPM ni buat lah elok-elok. Nak fly kan ? Mula jawab dengan doa. Aku doakan yang terbaik untuk adik-adik aku. Aku sayang kau. Semua adik-adik aku sayang. Tapi aku tak pernah tunjuk. Maaf aku bukan kakak yang terbaik untuk korang. Semoga semua berjalan lancar. Jawab paper dengan hati yang tenang, ikhlas maafkan aku, ingat mak ayah. Dengan hati yang ikhlas aku doakan kau. Khas buatmu Syahirah Shafawiza. Amin.


5 comments:

Anis Izzati said...

sedihnya :( hmmmmmmmmmm

Syafiqah Shafawiza said...

alahh kakak nihh =.= kenapaa bacaa. sobs haha

Anonymous said...

jangan sedih. benda yang jadi hari ni, kita tak tau apa hikmah esok hari. sedar tak sedar, tahap kesabaran tu makin bertambah kan bila kena marah, kena itu, kena ini..adik2 tak hiraukan sebab dia tau, akak dia mampu utk cover. tapi bila akak takmampu, adik2 akan buat. mak ayah cakap tu, kadang memang menyakitkan hati. pada akak, kita diam je,tak salah. biarkan mereka rasa mereka betul. tapi bukan sampai melanggar agama la kan. dyeorg orang tu, dyeorg akan fikir jugak sebenarnya. kalau rasa tak boleh tahan dah, duduk dengan mak awak, slow2 cakap..mintak mak pinjamkan kejap diri mak, untuk dengar. dia akan dengar..all the best dik, moga jadi akak yg terbaik . jgn lupa, letak dalam wishlist, menambahkan kesabaran dgn adik beradik! :)

Syafiqah Shafawiza said...

:') thankyou so much kak Anon. Yelah sy pun manusia biasa kadang2 banyak sangat terasa dgn org sekeliling. Jenis sy pulak sy tak reti nak share apa yg sy rasa dgn org lain. Mak always busy with her works. Selalu jarang ada masa utk family. Anyway, thankyou so much kakak sbb bg pandangan. Really appreciate it :)

D'Naila said...

magrib2 ni ,kamu buat mak su sedih plk....dah le dalam bnyal2 post kamu,mak su terrrr klik tajuk ni....memang nasib la dapat tajuk sedih bahaiiiii...sabo le long...smua manusia x sempurna...itu elok,ini x elok,ini elok,itu x elok....yg penting kita tahu sejauh mana kita blh kawal diri kita....