SyafiqahShafawiza . I'm in love with My Girls . What will survive of us is love

Ayah III

Ayah.
Satu tittle yang memegang beribu tanggungjawab.
Menanggung berjuta dosa hasil dari kebahagian dan kesengsaraan beliau.
Menahan segala penat dan lelah sepanjang hari.
Menahan lapar dan dahaga demi mencari secebis kebahagiaan untuk keluarga.
Menahan panas teriknya mentari di dunia demi mencari nafkah untuk dilaburkan pd keluarga.
Menahan segala kesakitan untuk melihat secebis senyuman di bibir anak anak yg jarang ambil peduli kisah hidup ayahnya.
Menepis segala keegoan beliau demi anak anak.

Ayah.
Beliau sanggup menahan segala tohmahan dan cacian dr pelbagai pihak.
Menepis segala kata cacian buat keluarga beliau.
Menyembunyikan segala impian dan harapan beliau demi impian dan harapan anak anak tercapai.
Menahan segala kata kata keji dari insan insan yg tidak berhati perut.
Menahan segala kehendak beliau untuk melihat anak anak tersenyum.
Cekalnya hati beliau menempuh liku liku kehidupan
Tabahnya beliau menempuh dugaan yg dtg

Ayah.
Hari hari belikan kami udang. Udang. Mungkin itu isu yg tak hangat. Tapi bagi aku. Itulah pengorbanan seorang Ayah. Hari hari balik dengan udang yg dibeli. Harga udang bukan mcm harga ikan. Ye dokk. Banyak pulak tu. Sbb anak anak dia suka udang. Ayah tak kisah langsung kalau Ayah tak dapat makan sekalipun. Janji biar anak anak dia kenyang. Biar anak anak dia suka, senang hati. Biar belajar dengan perut yg kenyang. Ayah suka sangat tengok Abg mkn udang dengan selera nasi bertambah tambah. Ayah tanya Abg. "Sedap tak udang ? " (walaupun hari hari udang. Menu yg sama pulak tu) Abg jawab "sedap. Ayah, esok Abg nk udang lagi" Ayah tersenyum. Ayah tanya Abg balik, " Nanti kalau Ayah dah tua nanti, Abg nak ke bg Ayah mkn sedap sedap mcm ni ? Abg nak ke layan peel Ayah nak mcm mcm ? " Allah. Aku tersentap. Aku terkelu. Aku jawab dalam hati. " Along akan layan Ayah mcm mana Ayah layan kerenah kami " InsyAllah. Allah, izikan aku jaga Ayah sampai hujung nyawaku. Sedarkan aku kalau aku lalai. Sedarkan aku kalau aku mula penat utk jaga Ayah satu hari nanti. Sedarkan aku kalau aku mula mengeluh. Ayah tak pernah mengeluh. Ayah balik rumah tengah hari buta panas terik, balik rumah, rumah bersepah semua. Ayah diam. Ayah duduk. Rehat. Ayah kemas rumah. Allah. Ayah langsung tak marah marah kenapa rumah bersepah Ayah balik penat penat nak rehat. No. Malah dikemasnya pulak. Terasa sungguh aku anak yg tak boleh diharap. Hm mungkin betul aku langsung tak boleh diharap. Aku belajar, Ayah bg kereta. Nah kau sebijik Myvi. 2 tahun pakai Myvi, bosan, nah Ayah bagi pula Atos. Auto. Senang katanya. Tak penat. Pernah kawan aku ckp "eh apa ni Eqa. Drp kereta Myvi tukar pulak kereta lagi murah ke. Low class la mcm ni" Aku diam. Aku senyap. Aku bukan anak jutawan ye kawan kawan. Aku bukan anak org berada senang nak beli kereta mcm beli surat khabar pakai dan buang. Dah lepas pakai Atos, tukar lagi kereta. Allah. Sungguh Ayah memang suka tgk anak anak dia tersenyum bahagia. Tak kisah langsung duit dihabiskan mcm tu je sekelip mata beli macam macam utk anak anak. Sanggup meredah segala kepayahan kesulitan demi melihat secebis senyuman kami. Kami ? Anak anak ? Langsung lupa apa pengorbanan Ayah. Lupa pesan pesan Ayah. Lupa segala harapan Ayah. Aku ? Langsung tak endah atas segala usaha Ayah bagi aku macam macam kemewahan, bila disuruh mula menepis dengan beribu alasan. Aku lupa segala kemudahan yg Ayah bagi pd aku. Manusia. Bila dah dapat sesuatu, terus lupa kebaikan seseorang malah bila diminta tlg, boleh pulak menolak dgn beribu alasan. Tak kenang jasa namanya aku ni. Sungguh malang Ayah dapat anak anak yg lupa daratan. Ayah cuba sedaya upaya bermacam macam segala kepayahan untuk keluarga. Allahuakbar. Ayah. Aku tahu aku selalu mengamuk tak tentu pasal bila apa yg aku nak aku selalu tak dapat and bila adik adik aku request terus blink dapat ! Memang aku memberontak. Tapi aku lupa. Ayah bg aku kereta. Ayah cuma mintak aku tolong Ayah kerja. And ganjaran. Aku dapat kereta. Tanpa menggunakan duit aku walau 1 sen pun. Aku lupa. Aku lalai. Aku buta melihat segala pengorbanan Ayah. Sampai Ayah tegur " kamu jangan la selalu sangat mengamuk tak tentu pasal. Ayah mintak tlg kamu. Kamu tlg la sikit sikit. Bukan Ayah mintak tlg selalu pun. Jgn la berkira sgt bila kamu sorg je kena buat kerja yg lain tak. Ayah bg kamu kereta ha. Yg lain mana ada Ayah bg. Apa lagi kamu nak ?" DUSHHH ! Sungguh aku sangat berkira bila bab buat kerja. Entah. Mungkin aku tak boleh tengok org lain duduk senang lenang menghabiskan duit sedangkan aku penat peluh mencari duit. Entah. Aku sendiri pening kenapa aku berkira sangat bab bab buat kerja. Kalau aku kemas rumah. Aku akan bising satu rumah supaya adik adik aku yg lain pun akan buat kerja tak kisah janji sorang basuh pinggan sorang jemur kain. Cukup. Janji bukan aku buat kerja sorg. Kenapa ? Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sifat aku. Susah sama sama. Senang sama sama. Sifat aku.

Ayah.
Tak kan ku lupa jasa dan pengorbanan mu.
Tak kan ku tinggal dirimu susah melalui liku kehidupan.
Tak kan ku biar dirimu keseorangan.
Tak kan ku biar dirimu menghadapi segala masalah berseorangan.
Tak kan ku lupa segala harapan dan impianmu utk ku.
Tak kan ku biar dirimu sakit kerana kami.
Tak kan ku biar dirimu dicaci.
Tak kan ku biar dirimu disakiti.
Tak kan ku lupa segala payah dan jerihmu membesarkan kami.

Sayangilah 'harta' anda selagi beliau masih ada. Renung lah wajah penat beliau selagi beliau masih mampu. Kenang lah jasa beliau selagi masih mampu. Sungguh memang tak dapat ditandingi kehebatan seorang insan yg bergelar Ayah. Ayah. Tiada dua Ayah dalam dunia yg mampu beri kebahagiaan seperti Ayah kita sendiri (masing masing). Ayah aku Ayah aku. Ayah kau Ayah kau. Ayah aku beri kebahagian pd kami dengan cara beliau sendiri. Ayah kau mungkin beri segala kebahagian dengan cara lain. Ayah kita berbeza. Aku bahagia punya Ayah mcm Ayah. Yg tak mampu utk ditandingi oleh org lain. Aku bahagia dengan cara aku. Maaf. Aku sensitif bila bab 'Ayah'. Aku mudah menangis bila sebut Ayah. Aku mudah dilembutkan dengan suara Ayah. Aku cair bila ditegur Ayah. Aku. Ayah.  Dua insan dari satu darah dan daging. Aku mohon supaya aku mampu jd setabah Ayah. Aku teringin melihat ketawa Ayah. Kebahagiaan Ayah. Mungkin bukan aku penyebab ketawa beliau tapi cukup bila aku tahu beliau bahagia. Enough. Terima kasih Ayah. Terima kasih kerana menjadi Ayah ku.

0 comments: